JellyPages.com

Wednesday, December 24, 2014

Kisah Susu Ibu Dalam Al-Quran


Kisah Susu Ibu di dalam Al-Quran - Keajaiban Susu Ibu


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulilah, semasa meera mengandung dulu, meera ada baca tentang kebaikan penyusuan susu ibu di internet. Jadi, memang meera pasang NIAT dan IMPIAN nak susukan anak meera sehingga umur 2 tahun.

Tambahan pula, di dalam AL-QURAN sendiri ada menyebut tentang penyusuan susu ibu.




Berdasarkan ayat di atas, adalah menjadi PERINTAH AGAMA kepada ibu-ibu untuk menyusukan anak-anak mereka, iaitu selama 2 tahun, tempoh yang SEMPURNA untuk kebaikan ibu dan anak.

Bagi meera, ayat inilah yang menjadi MOTIVASI dan PENDORONG untuk meera meneruskan perjuangan meera.

Kenapa ALLAH SWT menyuruh kita bagi susu ibu kat anak? susu lain atau makanan lain tak elok ke?

Pada pandangan meera, kerana susu ibu adalah makanan TERBAIK yang ALLAH SWT cipta khas untuk bayi.


YA ALLAH.. tak sangka banyak kebaikan yang ada pada susu ibu sebenarnya. Sesungguhnya ALLAH SWT itu MAHA PENYAYANG, DIA memberikan kita, para ibu sesuatu yang amat BERHARGA dan tidak TERNILAI.

Alhamdulilah.. Syukur Ya ALLAH..

Sepanjang tempoh 9 bulan ini, meera banyak jumpa dengan kawan-kawan dan saudara mara yang berjaya menyusukan anak mereka selama 2 tahun. TAHNIAH meera ucapkan.

Tetapi ada juga yang tidak berjaya. Malah ada yang berkongsi dengan meera bahawa anak yang disusukan hanya berjaya selama sebulan sahaja atau seminggu dan susu formula yang menjadi gantinya.

Jom kita lihat firman ALLAH SWT di bawah:


Dalam ayat ini, menyatakan sekiranya, ibu kandung mempunyai masalah untuk menyusukan anak, ibu boleh berhenti menyusukan anak sebelum umur 2 tahun.

TAPI !!!

Kita perlu kenalpasti dahulu apa faktor yang menyebabkan ibu tidak dapat menyusukan anak? Meera tak nak kita menyesal pula, sekurang-kurang kita usaha dahulu, Jangan putus asa dan MUDAH memberi susu formula.

Contohnya, Sekiranya kerana masalah susu ibu tidak ada atau anak tidak mahu susu ibu, ibu boleh rujuk PAKAR terlebih dahulu.

Atau ibu mengalami komplikasi kesihatan atau halangan yang betul-betul tidak dapat dielakkan, barulah pergi kepada alternatif iaitu Ibu Susuan.

Tetapi jika tak nak menyusu sebab alasan MALAS dan CULAS dengan hal remeh temeh, atau sebab nak MENJAGA KECANTIKAN TUBUH BADAN. Agak-agak kita ikut tak ayat ALLAH SWT dalam Firman-Nya yang mula-mula tadi?

Sebab tula, betapa pentingnya susu ibu sehinggakan ALLAH SWT memerintahkan jika susu ibu tiada, maka dibolehkan mencari ibu susuan kepada anak kita. SUBHANALLAH.


Sekiranya tiada ibu susuan yang dijumpai di dunia ini, barulah kita boleh fikirkan tentang alternatif lain iaitu susu formula.. MUNGKIN ???

Sebenarnya, kita perlu YAKIN kepada ALLAH SWT. Kenapa SUSU IBU? pastinya ada hikmat dan kebaikan di sebaliknya. Tanggungjawab kita untuk BERUSAHA dulu mentaati PERINTAH ALLAH SWT.

Malah, beberapa kajian juga telah dilakukan tentang kebaikan susu ibu ini. Ternyata ia bukan sahaja untuk bayi tetapi juga untuk ibu. SUBHANALLAH.


Sebab tu la meera harap sangat-sangat, jika anda adalah bakal ibu, Meera nak kita sama-sama jayakan penyusuan susu ibu sehingga anak berumur 2 tahun.

Dan jika ada sudah bergelar ibu, masih belum TERLAMBAT. Kita pelajari ilmu penyusuan bersama-sama hingga BERJAYA. Insya-ALLAH

Alhamdulilah, sejak mengamalkan SET PENYUSUAN SHAKLEE, rezeki susu badan Meera sentiasa ada ada untuk anak Meera.

Semoga segala usaha dan ikhtiar kita mendapat KEBERKATAN ALLAH SWT. Lengkapi dan carilah ilmu sebanyak mungkin, bertanya ilmu penyusuan daripada ibu yang berpengalaman.

Itulah yang meera sedang lakukan, perjalanan meera masih panjang. Doakan meera dan meera doakan anda semua berjaya. 

Ayuh, kita berjuang bersama-sama.






No comments:

Post a Comment