TOLONG SEBARKAN !!! SUSU IBU PENYELAMAT BAYI KETIKA BENCANA !!
Asslamualaikum wbt..
Alhamdulilah, Meera bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk berkongsi dengan anda semua tentang Susu Ibu Penyelamat Bayi ketika Bencana.
Tahukah anda bahawa pada 1 hingga 7 Ogos yang lalu adalah MINGGU PENYUSUAN IBU SEDUNIA. Dan Tema pada Tahun ini ialah :
Kebetulan, Sekarang, Keadaan banjir telah melanda beberapa buah negeri. Dan pastinya di kalangan mangsa banjir juga terdapat ibu-ibu yang mempunyai bayi.
kredit foto: |
sumber foto : sinar harian |
Jadi Meera harap perkongsian kali ini dapat membantu ibu-ibu dan bayi-bayi kecil di luar sana.
Kenapa Susu Ibu dikatakan adalah penyelamat bayi ketika bencana? Ini kerana, dalam waktu kecemasan, kita tidak mampu menyediakan makanan atau minuman dengan baik. Malah, bila banjir selalunya elektrik tidak dapat digunakan.
Jadi, sumber air yang bersih amat sukar diperolehi dan penyediaan susu formula kemungkinan akan tercemar.
Secara Rasional...
Kanak-kanak adalah golongan yang mudah menerima bahaya ketika bencana. Kadar kematian yang melibatkan kanak-kanak lebih tinggi berbanding orang dewasa kerana kanak-kanak lebih mudah terdedah kepada penyakit cirit-birit, masalah pernafasan dan malnutrii.
Menurut kenyataan worldbreastfeedingweek.org, Penyusuan susu ibu merupakan langkah yang paling BAIK untuk keselamatan dan perlindungan bayi kecil etika bencana. Malahan, dalam keadaan darurat, bayi yang berusia 2 bulan ke bawah lebih berisiko enam kali ganda kepada kematian sekiranya tidak menyusu badan.
Apabila berlaku bencana, ibu bapa atau penjaga akan bertungkus lumus untuk menghadapi suasana kecemasan dan bayi-bayi akan lebih mudah terkena penyakit dan kematian.
Maklumat ini sangat berguna kepada bayi yang 6 bulan ke bawah, di mana bayi masih menyusu dan tidak mengambil sebarang makanan tambahan lagi.
KENAPA PENTINGNYA PENYUSUAN SUSU IBU KETIKA BENCANA???
- Susu ibu adalah makanan yang terbaik untuk bayi.
- Susu ibu mengandungi antibodi yang boleh melawan jangkitan dan penyakit seperti cirit-birit dan masalah pernafasan,
- Ia terbukti makanan paling SELAMAT dan BERSIH.
- Ia dapat membantu menghangatkan bayi serta menenangkan bayi.
- Penyusuan ibu dapat membantu merendahkan tahap tekanan ibu.
- Mudah diperolehi tanpa bergantung kepada bekalan yang kehabisan
"DISADVANTAGE" MENGGUNAKAN SUSU FORMULA KETIKA BENCANA
- Bekalan susu formula sukar diperolehi.
- Ia mudah tercemar.
- Kesilapan dalam penyediaan susu formula mungkin berlaku.
- Air yang digunakan untuk membuat susu formula kemungkinan telah tercemar.
- Tidak ada peralatan yang sesuai untuk sterile botol susu dan puting susu botol.
- Tidak ada kemudahan elektrik untuk menyimpan susu formula di dalam peti sejuk.
coretan mangsa banjir di Kelantan baru-baru ini |
Malah, ini pula perkongsian yang Meera peroleh daripada kawan-kawan telegram Meera.
sumber : Maria Firdaus Millionaires in Shaklee (MFMS) Telegram group |
sumber : Maria Firdaus Millionaires in Shaklee (MFMS) Telegram group |
Nak cari susu ready to feed ni bukan mudah dan harga pasti mahal. Jadi langkah yang mudah ialah pastinya Susu Ibu.
Perkara ini kalau boleh disebar-sebarkan untuk para sukarelawan, supaya mereka menggalakkan PENYUSUAN SUSU IBU kepada ibu-ibu yang mempunyai bayi kecil berusia 6 bulan ke bawah.
FAKTA DAN MITOS PENYUSUAN IBU SEMASA BENCANA.
sumber : google |
sumber:google |
Mudah-mudahan perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu di luar sana yang terlibat dengan banjir. INSYA-ALLLAH, sama-sama kita sebarkan, SUSU IBU PENYELAMAT BAYI KETIKA BENCANA.
Adapun segala yang baik itu dari ALLAH SWT. Kita hanya mampu berusaha dan berikhtiar mencari yang terbaik. Jangan putus untuk BERDOA.
Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada semua mangsa banjir yang terkorban.
Semoga para ibu diluar sana tabah menghadapi ujian dan cabaran di saat ini.
Anda ingin mendapatkan Produk Shaklee??
Anda ingin mencuba Set Penyusuan Shaklee??
FREE CONSULTANCY !!!
HARGA BERPATUTAN !!
SMS / Wassup 011-29411247
Meera / SID 1131035
No comments:
Post a Comment